Sunday 9 October 2011

PIALA RAJA MUDA PERLIS 2011

Satu pertandingan antara dua buah negeri yang sudah lama tidak diadakan antara negeri Kelantan dan Perlis akan diadakan pada 22hb Oktober 2011 untuk merebut Piala Raja Muda Perlis di gelanggang KGCC, Kota Bharu,Kelantan. Dimana Kelantan akan bertindak sebagai tuan rumah untuk kali ini. Perlawanan akan bermula pada sebelah pagi pada pukul 8.30 pagi.

Kali terakhir Piala ini telah dipertandingkan ialah pada tahun 2007 (jika silap tolong perbetulkan) dimana Perlis telah menjadi sebagai Johan yang terakhir. Persatuan Tenis Kelantan dan Perlis berharap dengan hidupnya kembali akan menaikkan lagi kecemerlangan sukan tenis di kedua-dua buah negeri ini.

Di harap pertandingan ini akan berterusan dan ianya tidak akan putus selepas ini. PTK berharap semua peminat tenis khususnya di Kelantan dapat menghadirkan diri sama-sama untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan bukan hanya setakat sukan bolasepak sahaja.

PTK juga berharap semua pemain yang pernah menyertai perlawanan yang lepas akan turut serta memberi sokongan dan juga memberi maklumat mengenai Piala ini dimana maklumat yang PTK ada adalah amat kurang untuk Piala Raja Muda Perlis ini samada daripada pihak Kelantan mahu pun Perlis.

No comments:

Post a Comment