Thursday 30 June 2011

LIGA PTK 2011

Hanya satu perlawanan sahaja pada 1hb Julai 2011 antara HUSM dan Gua Musang yang mana telah tertunda pada minggu lepas. Perlawanan akan diadakan di HUSM dan kepada semua peminat tenis diminta hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan pilihan anda. Selamat berjuang.

SPORTEXCEL 3RD LEG MAIN DRAW

Semalam pasukan Kelantan telah berangkat ke Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan Sportexcel 3rd Leg Main Draw. Kali ini Kelantan telah menghantar 4 pemain lelaki iaitu Mohd Noorlil Azim Noorlan, Wan Ahmad Nasran Wan Ab Hakim,Tan Geofrey dan Nik Irfan Nik Wahid dan seorang pemain perempuan iaitu Nur Qistina Razan Mohd Faizal. Mereka akan diiringi oleh Muhammad Nor Che Mod. PTK berharap kejohanan kali ini akan memberi peluang yang terakhir kepada mereka untuk mengumpul rangking yang terbaik untuk menyertai 20 tempat rangking yang terbaik yang mana akan terpilih ke pertandingan Sportexcel Grand Master nanti. Pertandingan kali akan berlansung daripada 1hb hingga 5hb Julai 2011.