Saturday 16 July 2011

MAKSAK 2011

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Kelantan kerana telah layak ke pusingan Suku Ahir pada hari ini,namun PTK belum lagi mendapat maklumat negeri mana yang akan menjadi lawan Kelantan.

Pada perlawanan pembukaan kelmarin (15/7/2011) Kelantan telah pun mengalahkan pasukan Pahang dengan keputusan 4 - 1. Kelantan yang berada di dalam Kumpulan D berada bersama dengan Pahang dan juga ATM yang mana selaku tuan rumah. 

Dalam perlawanan kedua , ATM telah mengalahkan Kelantan dengan 3 - 2, namun begitu Kelantan telah layak ke suku akhir kerana ATM juga telah mengalahkan Pahang.