Monday 28 November 2011

ECM LIBRA 2011

Mohammad Noorlil Azim
ECM Libra 2011 akan diadakan pada 13hb hingga 19hb Disember di Kuala Lumpur. Pasukan Kelantan telah pun membuat pemilihan pada 22hb Oktober 2011 yang lepas. Tahun ini permilihan dibuat lebih awal daripada tahun lepas untuk mengelakkan daripada musim tengkujuh yang akan melanda Kelantan pada bulan Disember nanti. Berikut adalah pemain yang terpilih untuk kejohanan kali ini :
Bawah 16 tahun lelaki:
En Abd Aziz Jusoh
1. Mohammad Noorlil Azim Mohd Noorlan
2. Badrul Ikram Asri
3. Wan Ahmad Nasran Wan Abd Hakim
Nurul Fatihah sedang beraksi



Bawah 13 tahun lelaki:
1. Aizat Khairi Aminuddin Baki
2. Amirul Ikwan Che Samsuddin
3. Zohar Aslan Bin Omar

Bawah 16 tahun Perempuan:
1. Nur Qistina Razan Mohd Faizal
2. Nurul Fatihah Moha Azha
3. Nur Farhani Bt Farid

Bawah 13 tahun Perempuan:
1. Nur Raidah Razan Mohd Faizal
2. Farah Amisha bt Mohd Fazdli

Jurulatih untuk tahun masih lagi akan diterajui oleh En Abd Aziz Jusoh dan pengurus pasukan adalah En Zaipudean Abd Majid. Para pemain akan menjalani latihan pusat bermula pada 4hb Disember 2011, memandangkan pada musim sekarang hujan adalah tidak menentu.

Thursday 24 November 2011

PIALA SRI TIMUR 2011 
 
Piala Sri Timur telah pun berlangsung selama 2 hari di Kuantan pada 19hb dan 20hb November 2011 di Kuantan, di mana Pahang selaku tuan rumah pada tahun ini. Kelantan telah menghantar seramai 17 orang pemain dengan diketuai oleh En Bahari Hisyam Bin Hj Ismail selaku pengurus pasukan dan jurulatih Wan Abd Aziz Wan Abdullah.
 
Pada tahun ini Kelantan telah di wakili oleh Mohd Hafiz Roslan,Mohd Hazwan Roslan,Abd Aziz Jusoh,Zaifudean Abd Majid,Hj Mohamad (Mat Spin),Mat Zain,Ahmad Imran Tahir,Baharudin Omar,Hamdan Hamid,Fatin dan Mymoon Abdullah untuk bahagian Open. Manakala untuk bahagian Junior pula telah diwakili oleh Saifuddin Fauzi,Mohamad Noorlil Azim Mohd Noorlan,Badrul Ikram Asri,Nur Qistina Razan Mohd Faizal dan Nurul Fatihah Azaha.
Pada perlawanan pertama Kelantan telah bertemu dengan pasukan Terengganu dan tewas dengan 1 - 4,begitu juga dengan pasukan Junior 1 - 2. Dalam perlawanan kedua pula Kelantan juga tewas dengan Pahang 2 - 3 dan juga Junior dengan 1 - 2.

Kejohanan kali ini telah dimenangi oleh pasukan Terengganu, tempat kedua Pahang dan Kelantan tempat ke tiga. Manakala bahagian Junior pula di menangi oleh pasukan Pahang,Terengganu tempat kedua dan Kelantan tempat ke tiga.



Bagi pihak Persatuan Tenis Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pahang kerana telah berjaya mengajurkan kejohanan untuk tahun ini dengan begitu hebat sekali dan pada tahun hadapan 2012,Kelantan pula akan menjadi tuan rumah. SEMOGA BERTEMU LAGI PADA TAHUN TAHUN HADAPAN. SELAMAT BERJAYA!!!!!!!.