Sunday 23 October 2011

PIALA RAJA MUDA PERLIS 2011

Presiden PTK - En Azni Shah
SELAMAT DATANG KONTIGEN PERLIS ......ke Kejohanan Raja Muda Perlis dan PTK amat berbangga sekali dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Perlis untuk menyambung kembali kejohanan setelah sekian lama ianya tidak diadakan. Pasukan Perlis selamat tiba di Kota Bharu pada pukul 6.30 petang dan telah menginap di Sabriena Court.

Pada sebelah malamnya PTK telah mengadakan satu jamuan makan malam untuk meraikan kedatangan pasukan Perlis di Restoran Kengsom, Jalan Kebun Sultan. Disertai juga semua ahli Exco yang diketuai oleh Presiden PTK En Azni Shah Sulaiman dan juga semua pemain Kelantan.

Pada 22hb 22HB Oktober 2011, perlawanan telah dimulakan dengan pasangan pertama daripada Kelantan iaitu Mohd Hafif Roslan dan Hazwan Roslan (pemain adik beradik dari Kuala Krai) menentang pasangan dari Perlis dan kemenangan berpihak kepada Kelantan.

Manakala regu kedua pula denagn Kelantan pasangan Hamdan Hamid dan Sayuti Harun juga memohak kepada pasukan Kelantan. Pasangan veteran sayangnya kecundang kepasa pasukan Perlis diman Kelantan diwakili oleh Wan Abd Hakim dan Syukri Said. Pasangan keempat pula iaitu tidak sempat dihabiskan kerana hujan turun dengan lebatnya.
Kejohanan kali dimenangi oleh Pasukan Kelantan dengan keputusan 2 - 1,namun Piala tidak diberi kerana ianya tidak tahu dimana samada berada pada pihak Perlis atau pun Kelantan. Tetapi sebenarnya tujuan kejohanan ini didakan adalah untuk menyambut kembali hubungan antara Kelantan dan Perlis dalam sukan tenis. Pada tahun hadapan Perlis pula selaku tuan rumah.